Monday, 9 March 2020

MAKSUD RADIKALISME & EKSTREMISME

Secara definisi, radikalisme merupakan suatu pahaman atau gagasan yang menginginkan adanya perubahan social-politik dengan menggunakan cara-cara ekstrem. Termasuk cara-cara kekerasan, bahkan juga terrorist. Kelompok-kelompok yang berpahaman radikal ini menginginkan adanya perubahan yang dilakukan secara drastik dan cepat, walaupun harus melawan tatanan social yang berlaku di masyarakat.

Ekstremisme pula adalah perkataan yang berasal daripada ekstrem, yang bererti keterlaluan dan melampau. Apabila perkataan ekstrem ditambah dengan isme maka ia merujuk kepada sesuatu perkara yang selalunya menjurus kepada doktrin-doktrin atau ideologi-ideologi politik dan agama. Pelaku-pelakunya pula selalunya akan digelar dengan gelaran ekstremis. Maka ekstremisme bermaksud faham, sikap atau perbuatan yang ekstrem. Dalam aspek agama, sikap ekstremis membawa maksud mengambil sikap yang ketat dan keras dalam berinteraksi dengan batasan yang dikehendaki dan ditentukan oleh syarak.

Haaaa selain yang tu ada lagi tau penyebab eksterisme ni tauu. Antaranya ialah, sangat mudah mengharamkan sesuatu. Ada pihak yang mengabaikan tuntutan al quran (al- Nahlu : 116) bagi memudahkan fahaman korang kita kasi contoh yangpaling senang sekali sikap mudah mengharamkan sesuatu antaranya minum berdiri tanpa melihat makna larangan.

Mengharamkan isbal / mencukur janggut / pakaian berwarna. Last mewajibkan purdah ke atas warna. Ada juga yang keliru dalam memahami Bahasa istilah dalam nas- nas syarak. Bagi faham lebih lagi diaorang ni tidak membezakan konsep iman dan islam, kufur dan syirik, nifaq dan jahiliyyah. Mencampur adukkan di antara lafaz hakikat dan majaz/ kiasan tu antaranyalah. Iman vs kesempurnaan iman,syirik vs syirik kecil, jahiliyyah  aqidah vs jahiliyyah akhlak.

 Last sekali nak kukuhkan kefahaman korang mereka ni mengambil ilmu daripada bukan ahli. Diaorang ambil ilmu ni daripada membaca kitab/ buku. Berguru dengan ustaz selebriti dan memilih seorang guru/ guru sealiran sahaja untuk belajar.Jadi nilah sebab sebab kenapa wujudnya ekstrismisme dalam kalangan agama kita.

APAKAH TANDA-TANDA EKSTRIM DALAM AGAMA?

Korang nak tahu tak apa tanda-tandanya? Firstly tandanya ialah fanatik kepada satu pendapat dan tidak mengakui pendapat orang lain. Kiranya dia tidak berlapang dada untuk mengadakan perbincangan dengan orang lain untuk mencari dan mengambil pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya seolah olah pendapatnya ialah wahyu

Secondly, dia terlalu mewajibkan orang lain dengan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah S.W.T dan dia mengambil sikap keras dengan menolak sifat kelapangan dan keringanan. Selain itu, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh memilih pendapat yang keras untuk diri sendiri tetapi tidak boleh memaksa semua orang mengikuti.

Thirdly, tandanya ialah bersikap kasar pada tempat yang salah  dan masanya seperti bersikap keras pada masalah-masalah cabangan (furu') dan perkara yang diperselisihkan (khilafiyah) dan melupai perkara teras iaitu membetulkan akidah. Sepatutnya ia bermudah mudah sahaja dan tidak bercanggah dengan konsep tadarruj ( beransur-ansur seperti ajaran Rasulullah ketika mengutuskan Mu'adz ke Yaman )

Bukan setakat tu je, antara tanda yang lainnya ialah kasar dalam pergaulan, kesat dalam tutur kata dan keras dalam penyampaian dakwah. Actually, mengikut islam dalam berdakwah kita mesti menyampaikannya dengan berhikmah dan nasihat yang baik supaya orang lain faham dan boleh terima dakwah yang disampaikan. Islam membenarkan kekerasan tu hanya pada dua tempat iaitu di medan peperangan ketika menghadapi musuh dan ketika melaksanakan hukum syarak ke atas orang yang berhak menerimanya sahaja.

Okey next hehehe, prasangka buruk pada orang lain dengan membuat tuduhan tidak berasas jugak termasuk dalam tanda ekstrim dalam agama. Hish, tak elok tau tuduh orang sesuka hati tanpa bukti. Selain tu, menyembunyikan kebaikan-kebaikannya dan pada waktu yang sama membesar-besarkan kesalahan-kesalahannya jugak termasuk dalam tanda tersebut. Patutnya sikap macam ni memang kena buang dalam diri tu.

Okey guys last ni heheheh, mengkufurkan orang lain dengan cara sewenang-wenangnya, menghalalkan darah dan harta bendanya juga merupakan tanda ekstrim dalam agama. Mereka mengkafirkan setiap orang yang melakukan dosa besar, mengkafirkan orang yang tidak terima fikiran mereka dan mengkafirkan orang yang tidak berbaiah dalam jemaah mereka. Korang tahu tak maksud baiah tu apa ? Haa tak tahu kan, maksud baiah tu macam membuat janji setia untuk serahkan dirinya dan urusan kaum muslimin kepada khalifah. haa macam tu la maksudnya. okey settle untuk tanda tanda ekstrim dalam agama.

MENCEGAHI EKSTRIMINISM DARI KECIL

Untuk pengetahuan uolls, ekstriminism ini perlu dicegah dari awal sebab hampir semua perkara bermula dari kecil, lalu ia membesar dan melata.

Sabab wurud hadis diatas ialah:

Rasulullah SAW tiba di Muzdalifah, baginda berkata kepada Ibnu Abbas;

‘Mari tolong kutip untuk aku’.  Baginda bermaksud mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah.

Ibnu Abbas lalu berkata;

‘Lalu aku pun kutiplah batu-batu kecil. Apabila aku meletakkan di tangan Rasulullah SAW’. Baginda bersabda:

‘Ya, seperti macam ni. Berhati-hatilah kamu daripada al-ghuluw dalam agama. Sesungguhnya umat sebelum kamu musnah hanyalah kerana ghuluw dalam agama’.

*ghuluw*- bermaksud sikap melampaui batas-batas dalam perintah agama.

APAKAH PENDIRIAN ISLAM????

Di sini kita boleh selitkan tentang pendirian islam iaitu terdapat di dalam ayat al-quran:

 MAKSUDNYA:

"Dan yang demikian itu Kami telah menjadikan kalian (umat islam) sebagai umat pertengahan agar kalian menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kalian" (surah Al-Baqarah: ayat 143)

Surah yang diwajibkan bagi umat islam untuk membacanya di setiap rakaat solat mengajar umat islam kepada jalan pertengahan dan menjauhi dari jalan yang dimurkai...... 

Ok now, kita masuk pulak tentang KESAN-KESAN BURUK SIFAT EKSTRIM.
Kalau korang nak tahu, kesan buruk sifat ekstrim ni boleh menyebabkan

1.Bercanggah dengan tabiat semulajadi manusia.  Maksudnya, terdapat segelintir manusia ni yang sanggup hidup secara ekstrim ni.  Sedangkan syariat islam bukan untuk segelintir manusia tetapi untuk sekalian manusia.

Kalau korang nak tahu, baginda SAW murka terhadap perbuatan Mu’adz yang memanjangkan solat ketika menjadi imam. 

Baginda berkata:
“ Adakah kamu hendak menimbulkan fitnah Mu’adz? “.  Masa ni baginda mengulanginya sebanyak 3 kali.

Ok lepastu, Rasulullah SAW utuskan Mu’adz dan Abu Musa ke Yaman, baginda ada berpesan iaitu:

“Kamu berdua permudahkanlah dan jangan menyusahkan.  Berilah khabar gembira yang mendekatkan dan jangan menyebabkan orang lari dan kamu berdua patuh mematuhi dan jangan berpecah..”

Sebenarnya kan, orang yang bersikap ekstrim ni tak akan bertahan lama, bahkan mereka ni cepat putus asa.  Sikap-sikap ni memenatkan je dan tabiat manusia biasalah, cepat jemu.  Apabila dah bosan dah jemu, mereka ni akan tinggalkan semua amalan termasuk yang kecil-kecil juga.

Disebabkan fitrah manusia yang tak dapat dielak, maka Rasulullah SAW berpesan:

“Buatlah amalan yang kamu mampu.  Sesungguhnya Allah tidak akan jemu melainkan kamu yang akan jemu.  Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit..”

Selain itu, baginda juga berpesan agar kita bersederhana dan jangan cuba “mengalahkan agama”.

Ayat al-quran ada mengatakan

“Sesungguhnya agama itu mudah, dan agama itu tidak akan dikalahkan seseorang melaikan orang itu sendiri akan dikalahkan.  Maka hendaklah kamu perbetulkan, dekat mendekatkan dan saling memberi khabar gembira”

Ok, nak dijadikan cerita, sifat ekstrim ni mesti menyebabkan kecuaian terhadap tanggungjawab lain.  Rasulullah SAW ada menegur Abdullah bin ‘Amr yang sangat kuat beribadat sehingga mencuaikan hak isterinya:

“Bukankah aku diberitahu kamu berpuasa siang dan berjaga malam? Jawab Abdullah: Benar ya Rasulullah.  Baginda bersabda: Jangan kamu lakukan.  Berpuasa dan berbukalah, berjaga malam dan tidurlah.  Sesungguhnya jasadmu ada hak ke atasmu, kedua-dua matamu ada hak ke atasmu, dan isteri kamu ada hak ke atasmu..”

SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME

Seterusnya..korang nak tahu tak macam mana ekstrimisme boleh wujud? Ok so first sekali, pemahaman agama yang cetek. Contohnya, ini disebabkan oleh sikap manusia yang tidak memahami agama daripada sumbernya yang sebenar..Ilmu agama yang diibaratkan macam 'setahun jagung' itulah yang menyumbang kepada kejahilan yang tidak melahirkan ekstrimisme. Macam yang kita tengok dari zaman dulu sampai sekarang.. ada je golongan manusia yang menyangka dirinya bertaraf ulama sedangkan diri sendiri pun masih tak boleh membezakan di antara muhkamat dan mutasyabihat.

Next, faktor lain pula kita boleh nampak yang ada golongan manusia terlalu sibuk dengan perkara yang remeh temeh berbanding isu utama umat. Contohnya, isu yang selalu dianggap 'famous' ialah isu cukur janggut, melabuhkan pakaian, gambar fotografi, dan ada juga pasal menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud. Kita dapat lihat yang gologan ini terlalu taksub dengan benda macam ni sampai terbawa isu ini hingga ke luar negeri seperti US. Bukan ke benda itu sia-sia? Sepatutnya, mereka mengutamakan isu-isu seperti memelihara akidah, menunaikan fardhu dan menjauhi dosa besar.

Jangan tutup lagi tau..banyak lagi nak share pasal sebab ekstrimisme ni..korang perasan tak yang ada orang yang berlagak bijak ni yang suka sangat mengharamkan sesuatu. .Yang tu haram..yang ini haram..Eeeii menyampah la..padahal benda yang diorang bincangkan takdelah penting sangat. Contohnya, ada yang sanggup mengabaikan tuntutan Al-Quran iaitu ayat pada surah Al-Nahlu. Antara perkara yang sering orang bincangkan ialah isu mengharamkan minum masa berdiri, pastu mengharamkan untuk mencukur rambut dan mengenakan pakaian berwarna. Sampai ada satu tahap tu wanita diwajibkan untuk memakai purdah sedangkan aurat seorang wanita tu hanya pergelangan tangan, kaki dan muka sahaja.

Haaaa selain yang tu ada lagi tau penyebab eksterisme ni tauu. Antaranya sangat mudah mengharamkan sesuatu. Ada pihak yang mengabaikan tuntutan al quran (al- Nahlu : 116) bagi memudahkan fahaman korang kita kasi contoh yangpaling senang sekali sikap mudah mengharamkan sesuatu antaranya minum berdiri tanpa melihat makna larangan.

Mengharamkan isbal / mencukur janggut / pakaian berwarna. Last mewajibkan purdah ke atas warna. Ada juga yang keliru dalam memahami Bahasa istilah dalam nas- nas syarak. Bagi faham lebih lagi diaorang ni tidak membezakan konsep iman dan islam, kufur dan syirik, nifaq dan jahiliyyah. Mencampur adukkan di antara lafaz hakikat dan majaz/ kiasan tu antaranyalah. Iman vs kesempurnaan iman,syirik vs syirik kecil, jahiliyyah  aqidah vs jahiliyyah akhlak.

 Last sekali nak kukuhkan kefahaman korang mereka ni mengambil ilmu daripada bukan ahli. Diaorang ambil ilmu ni daripada membaca kitab/ buku. Berguru dengan ustaz selebriti dan memilih seorang guru/ guru sealiran sahaja untuk belajar.Jadi nilah sebab sebab kenapa wujudnya ekstrismisme dalam kalangan agama kita.

CARA PENYELESAIAN

Jika anda semua perasan, Islam lah agama yang selama ni paling kerap manjadi mangsa keganasan oleh golongan ekstremisme.  Tambahan, kalau kita lah kan, dalam membuat suatu keputusan, tapi ada yang tak setuju dengan kita, kita mesti akan berbincang elok elok kan? Tapi lain pula dengan golongan ekstremisme ni tau.

 Kaum ekstremisme suka mengambil keputusan dan lebih memilih untuk berperang kalau mereka menghadapi tentangan. Tak kesah dari sudut apa pun, jika ada yang tidak setuju dan membantah dengan apa yang mereka kemukakan, mereka akan mengambil keputusan untuk membuat serangan hendap terhadap golongan tersebut.  Kejam bukan?

Sebagai contoh, di Indonesia telah berlakunya pengeboman orang islam dari kalangan agama islam sendiri yang mempunyai sifat ekstremisme ini.  Perkara seperti ini berlaku disebabkan oleh pemikiran ekstremisme ni yang mengatakan bahwa “sesuatu yang tidak islami patut dikebumikan”.  Allahu, tidak sepatutnya berlaku seperti ini, islam agama yang penuh dengan Muhibbah iaitu kasih sayang.
Penumpasan Gerakan ekstremisme tidak dapat dijayakan dengan mudah.  Gerakan ni ibarat “patah tumbuh hilang berganti”.  Tetapi kita harus juga mencuba sehabis baik menyelesaikan masalah radikel dan ekstremisme dalam beragama islam.  Antaranya ialah:

1.        Re-Tradisionalisasi dan Pendidikan

Seperti yang kita dapat lihat kan, Pendidikan samaada di sekolah rendah mahupun menengah ni mampu mewujudkan pelbahai budayaberetika dalam beragama, beresatu-padu antara pelbagai kaum.

Kita harus kukuhkan lagi ciri-ciri positif, perbetulkan semula apa-apa kekurangan, tambah lagi ciri baru bagi tangani cabaran akan datang.

Sistem peperiksaan juga perlu lebih analitik dengan membandingkan antara agama dan kebudayaan sedunia.

2.       Sosial

Kebanyakan program rasmi yang didakan secara umumnya melibatkan pelbagai budaya dan agama, contohnya penglibatan oleh bangsa melayu, cina dan india dalam program kemasyarakatan.

Lagi-lagi kalau kita dapat lihat, apabila menjelang hari raya, mesti ada “open house’’ kan? Rumah terbuka ni sangat jelas menunjukkan interaksi antara pelbagai kaum.  Konsep ini perlu kita terapkan dari zaman menengah lagi.

Sebab apa? Sebab, kita dapat menggalakkan persefahaman, belas kasihandan kebajikan antara kaum.  Jadi generasi yang lebih belas kasihan dapat dilahirkan pada masa akan datang.

3.       Peranan Masyarakat.

Seperti mana yang anda semua tahu masyarakat wajib kembali kepada islam dalam bentuk yang lengkap dari segi social, ekonomi, politik, undang- undang dan dari segi pemikiran.

4.       Peranan Pemerintah.

Kita juga haruslah memberi ruang kepada masyarakat islam diperintah secara islam, adil, tidak mencabar dan akhlak islam. Bukalah tingkap agar angin kebebasan bertiup masuk.
Kerajaan juga perlu menghapuskan undang- undang yang mengekang kebebasan rakyat untuk memilih pilihan yang patut.

Kita juga haruslah memberi ruang kepada masyarakat islam diperintah secara islam, adil, tidak mencabar dan akhlak islam.

5.     Bukalah tingkap agar angin kebebasan bertiup masuk.

 Peranan Kerajaan.
Kerajaan juga perlu menghapuskan undang- undang yang mengekang kebebasan rakyat untuk memilih pilihan yang patut.

Kesimpulan yang dapat kami simpulkan ialah sebahai umat islam, kita mestilah menggunakan segala sumber yang adan dan bekerjasama dengan semua pihak untuk mencegah dan membendung trend ektremisme ini.  Kita di Malaysia akan terus menjadi penggiat penting dalam tugas terpuji ini.  Semoga dengan usaha kita, dapat kita menaikkan martabat agama kita yang mulia ni dan mencapai tahap keharmonian antara masyarakat majmuk ni.

Sekian saja daripada kami.  Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pembaca.  Yang baik dari tuhan sekian alam, yang buruk datangnya dari diri kami sendiri. 

Terima kasih semua ! 😊

No comments:

Post a Comment